BUAT DUIT ONLINE PERLU PERSONAL BRANDING? BACA 4 SEBAB INI!
Personal Branding bukanlah satu hal yang tercipta dalam masa sehari dua tau.. Ini adalah hal yang kita buat secara konsisten. Seorang penyanyi tersohor tak mengaku dialah…. yang terpaling sohor sekali melainkan dia konsisten menyanyi dan menghasilkan karya-karya nyanyiannya bertahun-tahun dan hasilnya diterima umum. Maka, jadilah dia yang tersohor..
Buat anda yang tertanya-tanya, betul ke buat duit online pun perlu personal branding? Baca 4 sebab ini sekarang. Jika anda tunggu menjadi sempurna, percayalah anda takkan mula pun..
BUAT DUIT ONLINE PERLU PERSONAL BRANDING? BACA 4 SEBAB INI!
1. Kredibiliti / Trust
Anda perasan tak, zaman sekarang di medsos, ramai dah yang gunakan Expertise Term sebagai personal branding?
TikTok Guru ~
Canva Sifoo ~
Trainer Fitness No 1 Malaysia ~
Pakar Hartanah ~
Your Sambal Expert ~
Itu antara brand recognition yang ada di Malaysia. Pilih kepakaran yang anda mahu tonjolkan, create citra anda! Bila dah ramai tahu siapa anda, yes.. Lebih mudah untuk anda grow bisnes.
“Ala… Nak buat duit online ni tak perlu buat personal branding lah..”
Anda silap.. Bila orang tahu siapa anda dan apa yang anda buat, lebih mudah anda ada peluang yang luas, untuk buat duit online lebih banyak dengan adanya supporter dan fans. Ada fans ni tak semestinya perlu menjadi artis dulu …
Misalnya, Khairul Aming. Ramai orang kenal walaupun beliau bukan artis! Orang kenal dia daripada seorang food content creator je, dia grow kan personal branding dia dengan berjaya. Sekarang bisnes dia sangat terkenal!
Anda pun boleh! Mungkin satu hari nanti anda boleh buat duit online sebagai Virtual Assistant untuk Syarikat-Syarikat besar di Malaysia?
2. Buat Duit Online Marketing Berterusan
Dengan adanya personal branding yang kuat, orang tahu anda buat duit online apa dan bisnes yang anda bawakan. Potential customer ni akan datang sendiri pada brand anda.. Mudah untuk dapat raving fans atau loyal customer. Contoh, kenapa ada orang suka stay di satu-satu Live di TikTok? Atau di Shopee?
Mungkin kerana personaliti orangnya~
Kerana contentnya~
Anda bawa niche makanan, bina content yang menjerumus kepada makanan.
Anda niche fitness, kongsikan Panduan yang audience anda mahukan! Tips Makan tapi kurus. Contoh ..~ Jadi, potential customer ni automatik rasa minat nak tahu. Mudah je buat duit online sebab Potential clients kita di mana-mana.
So, anda tak perlu try hard sangat. Bisnes anda akan berjalan sendiri dengan personal branding yang anda bawa.
3. Self-Value Growth
Self value adalah penilaian terhadap diri sendiri sebagai manusia berharga untuk mendapatkan rasa hormat. Besar impaknya kalau kita berjaya cipta self-value yang luar biasa.
Kenapa Self-Value ni penting :
- Tingkatkan kualiti kerja
- Improve career development
- Lebih menghargai pencapaian kecil
Jujurnya, personal branding ni bukan saja untuk kita create trusted image. Tetapi juga, untuk jadikan diri kita lebih menghargai proses dalam kehidupan kita. Anggaplah proses ini adalah long term investment terhadap diri kita untuk 3 hingga 5 tahun lagi.
So, enjoy the moments sambil-sambil hargai susah senang buat duit online tu.
4. Networking / Peluang Baru
Orang sekarang dah semakin pandai. Diorang pun taknak menghabiskan duit dekat benda yang tak boleh dipercayai.
Bahagian penting dalam personal branding is Originality. Quote ‘Fake it until you make it’ bukanlah maksudnya anda boleh menipu dan jadi orang lain. Contohnya, anda nak buat duit online sebagai Travel Vlogger yang dikenali. Bukan bermaksud anda perlu curi hasil gambar orang, sewa kereta mahal semata-mata nak tunjuk pada audience, ini pengalaman travel anda.
Cukup jadi diri sendiri semasa mencipta karya.
Trust me!
“Bila kita buka peluang pada diri kita untuk explore apa yang kita tak pernah buat. Kita akan dapat apa yang kita tak pernah dapat.“
Kongsilah pengalaman bercuti di kawasan anda.
Pengalaman unik, tips dan life hacks ketika travel.
Lebih baik jujur dan biarkan kesederhanaan menjadi faktor unik anda!
Siapa cakap nak buat duit online ni kena mewah dulu?
Nak expert hasilkan content di TikTok dengan Personal Branding?
Jom belajar TikTok Affiliate Marketing!