cara buat duit dengan tiktok affilates

CARA MUDAH BUAT DUIT TIKTOK AFFILATES 2023

Ramai lagi sebenarnya tak tahu, nak buat duit di tiktok sangat mudah.. terbaru tiktok memperkenalkan “Tiktok Affilates“. dimana kita boleh cipta video berdasarkan produk yang ada di Product Marketplace dan boleh terus boleh letak “Beg Kuning” di Video kita. 

Setakat apa yang telah saya buat kajian, ini merupakan cara yang trending dan terkini untuk buat duit online. Masih lagi baru dan mempunyai potensi untuk buatkan ianya jadi salah satu pendapatan tambahan untuk kita. Jadi saya ingin mengajak anda untuk mencubanya..

Siapa sesuai untuk buat duit dengan Program Affilates?

 
terdapat beberapa senarai yang sesuai tiktok telah tetapkan antara senarai mereka yang sesuai adalah seperti berikut : 

 

  1. Digital Marketing Expert.
  2. Pengguna Tiktok Ads.
  3. Orang yang berminat dan berkebolehan mencipta Kontent yang menarik.
  4. Sesiapa sahaja sebenarnya.. yang penting semangat dan sentiasa nak belajar improve untuk jana income.

Bagaimana cara nak daftar akaun tiktok affilates dan mula buat duit?

 

Cara untuk mendaftar akaun sangat mudah, Tanpa perlu sebarang bayaran.. tak perlu beli barang-barang boleh gunakan barangan yang pernah anda beli ditiktok shop dan boleh cari barang tersebut di Product Marketplace. Tetapi ada beberapa syarat sebelum anda mendaftar akaun. 

Syarat untuk mendaftar akaun Tiktok Affilates : 

 
  • Berumur 18 tahun ke-Atas.
  • Mempunyai Sekurang kurangnya 1000 pengikut ( Followers ) 

Langkah-Langkah untuk daftar Akaun Tiktok Affilates :-

 
(Sila tonton video diatas untuk cara bagaimana untuk membukak akaun affilates.)
 
  1. Buka di bahagian Setting.
  2. Cari pada Creator
  3. Buat pendaftaran Tiktok Affilates 
  4. Selesai !~

Kelebihan buat duit di tiktok Affilates

 
ketika ini untuk mula buat duit online tak terlalu sukar sangat dah.. sangat senang hanya perlu buat video dan terus boleh hasilkan income. tetapi itulah, kita perlu usaha yang lebih untuk hasilkan content sebab ianya makin mencabar..
 
jadi jika kita boleh hasilkan video menarik di tiktok, ianya pasti akan membantu kita untuk hasilkan income yang sangat paduu..
 
Ini antara list kebaikan yang boleh saya keluarkan :
 
  • anda tak perlu lagi nak keluarkan apa apa modal untuk mula berniaga.
  • anda hanya perlu mengalakan penonton untuk membeli produk tersebut dengan menceritakan kebaikan tentang produk tersebut.
  • Anda tak perlu nak beli stok yang bertimbun timbun untuk berniaga.
  • Anda tak perlu pening kepala untuk menguruskan Order. Rakam video dan ada pembelian semuanya akan diuruskan oleh Penjual.

semuanya berbalik kepada anda bagaimana anda menghasilkan video dan buat promosi yang setimpal.

 

 

Kelemahan buat duit di Tiktok Affilates

 

setiap kebaikan pasti ada keburukannya, tak kisah dimana pun atau apa sahaja yang kita lakukan.. sudah semestinya mempunyai risko sama ada tinggi atau rendah sahaja. 

Antara kelemahan buat duit di tiktok Affilates ialah : 

  • Anda tidak akan kenal siapa pembeli anda.
  • Persaingan yang tinggi daripada Affilator yang lain. 
  • Ada risiko dimana beg kuning boleh hilang jika stock barang sellers tidak mengcukupi.
  • Mempunyai risiko terpaksa menangung kecaman jika produk / service seller tidak memenuhi kehendak pelangan.
  • Duit komision masuk lambat. Duration dia lebih kurang 14 hari selepas pembeli sampai barang.
 

Rumusan Buat duit Di Tiktok Affilates

 

Setiap apa jua pekara pasti akan ada Risikonya. tetapi bagi saya buat duit di Tiktok Affilates merupakan cara yang paling mudah untuk jana income secara online dan ianya sangat mudah !

mulakan dengan belajar bagaimana hasilkan video yang bagus di tiktok. dan mula cipta content dan perbaiki dari semasa ke semasa. Jika masih lagi tak menjadi dan perlukan bantuan boleh terus cari Tiktok Shop Expert seperti saya untuk dibantu..

Yang paling penting, semuanya tak akan datang dengan jalan yang sangat mudah. Anda perlu sentiasa mencuba dan sentiasa belajar untuk perbaiki segala espek setiap hari untuk dapatkan hasil yang lebih maximum !~ 

Saya percaya anda boleh lakukan Caiyokkkk !