August 8, 2023

APPS BUAT DUIT ONLINE

5 APPS BUAT DUIT ONLINE UNTUK 2023

Eh, korang tahu tak? Sekarang ni, bukan main-main lagi, ada Apps buat duit online ! Dengan apps-apps power yang aku nak share ni, korang boleh la tambah pendapatan sampingan atau duit pasif. Tak yah tunggu lama-lama, jom kita pergi langkah demi langkah buat duit online menggunakan apps!

1. Apps Buat duit online dengan shopping – Snap n’ Shop: Shopee Rewards

Kalau korang jenis suka shopping online, tak payah risau! Shopee Rewards ni macam app cun untuk korang. Dengan setiap resit korang yang korang snap lepas beli barang di Shopee, korang boleh kumpul mata rewards. Lepas tu, tukar je mata rewards tu jadi duit. Senang, kan?

Cara Nak Gunakan:

  • Muat turun Shopee Rewards dari Play Store atau App Store.
  • Buat akaun atau log masuk kalau dah ada.
  • Bila beli barang, snap gambar resit dalam app.
  • Kumpul mata rewards dan tukar jadi duit!

2. Apps Buat Duit online dengan Selfie Foap

Korang suka selfie? Korang ni punya muka tak payah la buang masa, jual je gambar korang dengan Foap! Upload gambar-gambar kreatif korang, dan kalau ada yang beli, duit masuk wallet. So, setiap selfie, setiap sen! dengan selfie pun boleh buat duit online.

Cara Nak Gunakan:

  • Muat turun Foap dari Play Store atau App Store.
  • Buat akaun dan upload gambar-gambar yang korang fikir menarik.
  • Tag dan beri keterangan menarik pada gambar.
  • Tunggu orang beli gambar korang, dan terima duit!

3. Apps Buat duit online dengan Cashback – Pakar Belanja: ShopBack

Kalau korang jenis shopping tapi tak nak habiskan banyak duit, ShopBack ni kawan baik korang! Dengan setiap beli barang melalui app ni, korang akan dapat cashback. Boleh jimat sikit-sikit, kan? sambil berbelanja korang boleh jimat duit.

Cara Nak Gunakan:

  • Muat turun ShopBack dari Play Store atau App Store.
  • Buat akaun atau log masuk kalau dah ada.
  • Cari kedai atau platform belanja dalam app tu.
  • Klik dan beli macam biasa, dan cashback akan masuk dalam akaun korang.

4. Apps Buat Duit Online dengan Reward : Jom Menjana: GrabRewards

Kalau korang memang guna Grab sering, app ni wajib ada dalam telefon korang. Dengan GrabRewards, setiap kali korang naik Grab atau beli makanan menggunakan GrabFood, korang akan dapat mata rewards. Rewards tu boleh tukar jadi duit atau voucher!

Cara Nak Gunakan:

  • Muat turun Grab dari Play Store atau App Store.
  • Daftar akaun dan log masuk.
  • Guna servis Grab macam biasa.
  • Kumpul mata rewards dan pilih cara nak tukar, sama ada duit atau voucher.

5. Apps Buat Duit Online – Jual Barangan Tak Guna: Carousell

Kalau dalam rumah ada barang yang dah tak guna, jangan buang! Jual je dalam Carousell. App ni memang power kalau nak buat duit tambahan dengan jual barang preloved. Snap gambar, letak harga, dan tunggu je orang beli.

Cara Nak Gunakan:

  • Muat turun Carousell dari Play Store atau App Store.
  • Buat akaun atau log masuk kalau dah ada.
  • Snap gambar barang yang nak dijual.
  • Letak harga dan keterangan yang menarik.
  • Bila ada yang beli, atur jadual bertemu atau pos barang.

Rumusan daripada Apps Buat Duit online 2023

Tadaa, korang dah tahu 5 apps power nak buat duit online dalam genggaman korang! Tak payah pening kepala nak cari pendapatan sampingan atau duit pasif. Gunakan apps ni dengan bijak, dan siapa tahu, poket korang akan makin tebal. Jangan lupa, share tips ni dengan kawan-kawan yang lain juga. Tapi kalau korang nak belajar buat duit menggunakan Tikok Affilates saya ada sediakan panduan untuk korang buat !~
boleh follow Cara buat tiktok Affilates.

So, dah sedia nak download apps-apps ni? Mana tahu, esok dah boleh cek dompet korang!

hihi gurau jerr..

buat duit online

3 TIPS BUAT DUIT ONLINE TANPA GANGGU WAKTU BEKERJA

Antara faktor utama ramai memilih untuk buat bisnes adalah bertujuan untuk tampung perbelanjaan keluarga. Semua tahu dan merasai bahawa kos sara hidup zaman sekarang sangat tinggi! Ini juga antara dilema bagi mereka yang bekerja sepenuh masa. Betul ke ada cara boleh buat duit online tanpa ganggu waktu bekerja?

Perasan tak? Sekarang ni ramai antara mereka yang bekerja sepenuh masa pun sudah mula berjinak-jinak untuk buat duit online sebagai side income? Siapa tak nak hidup selesa dan bebas hutang, kan?

Jika anda antara mereka yang teringin nak buat duit online tetapi tak mahu ianya mengganggu waktu kerja hakiki anda, posting ini khas buat anda.

3 Tips Buat Duit Online Tanpa Ganggu Waktu Bekerja

1.  Pilih Bisnes Flexible (Masa dan Tenaga)

Sebagai orang bekerjaya, pastinya kesibukan masa anda dipenuhi dengan kerja di pejabat. Untuk ibu ayah pula, bila balik dari kerja, anda sibuk menguruskan anak dan keluarga di rumah. Tipulah kalau cakap tak penat, kan?

Anak makin besar ~

Keperluan pendidikan anak perlu dijaga ~

Komitmen perbelanjaan keluarga makin bertambah ~

Dengan keadaan ekonomi sekarang, saya yakin ramai berada dalam situasi struggle ni. Nak berhenti kerja untuk fokus pada keluarga, ekonomi pula tak menentu.

buat duit online

Oleh itu, anda perlu pilih satu bisnes yang anda boleh manfaatkan masa hanya beberapa jam sahaja dan anda tetap boleh uruskan komitmen utama anda yang lain.

Di sini saya bercakap tentang buat duit online dengan ilmu dan kepakaran yang anda miliki. Ramai sahabat saya masih bekerja sepenuh masa. Tetapi, masih boleh spend time untuk buat online tuition. Jika tak yakin subjek tahap tinggi, mula dengan subjek tahap rendah.

Anda ada kepakaran :

  1. Memasak? Buat video memasak.
  2. Teknikal Automotif? Buat video Tutorial servis membaiki.
  3. Bahasa Mandarin? Buat duit online dengan offer kelas Mandarin Online.
  4. Menjahit? Buat Tutorial Step by Step Pakaian DIY.

Ringkasnya, pilih bisnes yang tak jauh daripada apa yang anda suka buat. Baru worth it, kan?

Baca artikel : 5 Skill Buat Duit Online yang Paling Dicari 2023

2.  Yang Menjana Multiple Source of Income

Sebagai mereka yang bekerjaya, saya yakin masa anda amat terhad. Jika anda terfikir untuk buat duit online sebagai bisnes sampingan, pilih bisnes yang boleh dijalankan secara online.

Cukup sekadar spend time 1-2 jam pada waktu rehat dan pilih cara buat duit online yang berproject atau berfasa.

Contohnya :

  1. Penulisan
  2. Design poster / materials
  3. Jadi translator
  4. Voice over
  5. Transcriber
  6. Consultant

Nowadays, ramai business owner perlukan part timer untuk meminimumkan kos operasi mereka. Try offer dulu, tambah pengalaman, lama-lama mana tahu mungkin hasilnya lebih padu dari gaji kerja hakiki. Eh!

3.  Pendapatan Tanpa Had Dengan Buat Duit Online

Sebagai orang bekerjaya yang buat bisnes secara sambilan, anda pasti mahukan pendapatannya berbaloi, betul? Jadi anda kena bijak pilih bisnes yang boleh beri anda pendapatan tanpa had. Bukan sekadar satu dua ratus sahaja sebulan.

Bila sebut pendapatan tanpa had, anda kena belajar buka peluang pada diri sendiri untuk explore benda baru yang mungkin anda tak pernah buat seumur hidup.

“Bila kita buat sesuatu yang kita tak pernah buat,
kita akan dapat sesuatu yang kita tak pernah dapat.”

Jujurnya, memang saya pegang benda ni sampai hari ni.

Nak tahu tak? Ada banyak cara best tau pendapatan tanpa had ini. Antaranya :

  1. Spend 30 minit buat Youtube video, explain cara review produk lebih detail!
  2. Spend 15 minit buat TikTok, kongsi pengalaman penggunaan sesuatu produk!
  3. Spend 5 minit share Status, gambar hasil sesuatu produk!
  4. Spend 10 minit buat Video Unboxing produk!

Buat 1 content. Tapi, boleh repeat, kongsi dan boleh buat duit online berkali-kali. Lagi best jika video simple yang anda buat, bukan sekadar mengisi masa lapang anda, tetapi juga membantu menambah pendapatan anda.

Best, kan! Sebab itu anda kena optimumkan income anda melalui video-video pendek yang anda hasilkan.

Kat mana nak belajar?

Tak perlu jauh-jauh. Follow saya rapat-rapat untuk anda Mahir dalam TikTok Affiliate.