Anda bukanlah orang pertama yang mencari idea buat duit online tanpa modal dari rumah yang menguntungkan. Ramai yang mencari. Tapi, tak ramai yang berjaya dan mampu konsisten. Ada antara kita bekerja fulltime, nak tambah income. Malangnya, masa mencemburui. Ada yang tidak bekerja, nak tambah income. Malangnya, modal ciput tersangatlah menjadi halangan. Sedangkan, ada banyak sangat cara praktikal untuk buat duit online, guna smartphone dan dari rumah.
Ya! Apalagi surirumah. Sambil urus anak dan keluarga pun, boleh buit duit online gaiss..
Posting kalini saya nak kongsikan 3 Idea Praktikal buat duit online buat para Domestic Engineer aka Suri rumah!
3 IDEA PRAKTIKAL BUAT DUIT ONLINE UNTUK SURI RUMAH
1. Jadi Ghostwriter / Virtual Assistant
Kerja sebagai ghostwriter ini apa?
Bahasa mudahnya, ghostwriter ini adalah penulis yang menghasilkan karya penulisan bagi pihak orang lain, sama ada dibawah nama klien atau syarikat milik klien tersebut. Anda tak menerima sebarang kredit namun anda dibayar.
Jika anda seorang surirumah, saya yakin anda ada masa yang flexible. Ada waktu yang anda lock untuk spend time bersama family, memasak dan hantar anak ke sekolah. Sementara tunggu anak balik dari sekolah, semua kerja dah selesai. Mesti ada masa-masa senggang, bukan?
Why not anda spend 1-2 jam dari masa anda untuk buat duit online? Jadi ghostwriter ni memang perlu skill dan ia boleh dipelajari.
Anda boleh cuba :
- Menulis Ebook / Produk Digital (Tips, Panduan, How To)
- Copywriter, Content writer (Perlu skil, belajar dari Youtube / kelas)
- Blogger (Medium untuk practise menulis & bina branding)
- Virtual Assistant (Bantu company bahagian admin, buat surat, pengurusan data, email)
2. Buat Duit Online Jual Produk Digital
Ini antara cara buat duit online yang best, jimat masa, tenaga dan sangat menguntungkan!
Kalini saya kongsi cara yang praktikal untuk anda, iaitu jual Produk Digital! Ramai sebenarnya yang dah berjaya buat duit online dengan cara ini. Salah satu sebabnya adalah, kos yang rendah. Maka, margin yang diterima oleh penjual jadi tinggi!
Kita hanya perlu belajar, kuasai dan praktikkan skill untuk mendapat pelanggan!
Tapi…. Apa Itu Produk Digital?
Produk digital adalah apa saja aset digital yang boleh dijual beli, ditukar hak milik dan diedarkan secara online. Contohnya : ebook, templat, kelas online, software, muzik sehinggalah hasil seni.
Lihat Katalog Produk di sini. Banyak sangat produk digital yang boleh dijual untuk buat duit online!
Choose one and focus!
3. Affiliate Marketing / Dropship
Di zaman yang serba maju ni, jangankan orang yang bekerja sepenuh masa buat duit online part time, pelajar universiti, pelajar sekolah pun dah mampu buat duit online. Part time je! Silap hari bulan, yang part time itulah boleh jadi full time diorang.
Apalagi surirumah, rugi lah kalau anda tak grab peluang buat duit online ni. Buat duit poket geli-geli je. Kenapa saya cakap Affiliate ni berkesan untuk surirumah? Sebab, ianya mudah untuk dimulakan dan straightforward.
Macamana buat duit online dengan Affiliate Marketing
Kita akan dibekalkan dengan satu affiliate ID dalam setiap affiliate link. Setiap affiliate link akan di lengkapi dengan cookie yang akan menjejaki mereka yang telah mengklik link kita itu. Bukan chipsmore cookie ya, tapi sejenis file kecil yang tersembunyi di sebalik tabir.
Sekarang ni banyak bisnes guna cara Affiliate sebagai salah satu marketing berterusan. Dan… saling berkongsi rezeki juga dengan pengguna produk mereka. Best kan? Bukan kita saja guna produk tu, kita boleh ajak juga orang lain guna produk yang sama.
Jom daftar Affiliate :
- SHOPEE Seller Affiliate
- LAZADA Seller Affiliate
- SHOPBACK Affiliate
- BIGPAY Affiliate
- TIKTOK Affiliate
- ETSY Affiliate
- SHOPIFY Affiliate
- SHEIN Affiliate
- DCM Networks Affiliate
Banyaknya!
Saranan saya, pilih satu niche yang sesuai dengan konsep content yang kita nak kongsikan di media sosial. Inshaa Allah lebih senang buat duit online.
“Tak perlu percaya saya bulat-bulat, Buat jee..”
Anda masih Newbie tentang Affiliate Marketing ni & nak belajar lebih serius? Follow saya dan Jom Belajar TikTok Affiliate Marketing Sampai Master!