KENAPA PERLU BUAT PASSIVE INCOME DENGAN TIKTOK SHOP? INI 3 SEBABNYA!

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai orang mencari cara untuk buat duit, betul? Antara platform yang semakin mendapat tempat di hati ramai orang zaman sekarang adalah platform TikTok. Kenapa perlu Buat Passive Income Dengan TikTok Shop? Kerana TikTok kini mempunyai ramai pengguna di seluruh dunia. Ramai content creator di TikTok yang berjaya buat duit dengan TikTok.

Jadi, saya kongsikan kenapa anda patut bermula dari sekarang untuk Buat Passive Income Dengan TikTok Shop. Ayuh!

BUAT PASSIVE INCOME DENGAN TIKTOK SHOP? INI 3 SEBABNYA!

1. Mendidik Audience / Create Awareness

Antara tujuan utama kenapa perlu mula buat Passive Income Dengan TikTok Shop adalah untuk menarik audiens yang pelbagai untuk aware dengan brand, produk, info atau issue yang anda bawakan.

Apabila menginginkan sesuatu, kita diajar untuk memberi terlebih dahulu.

Biasakan dengan memberi.

Sebab itu bila nak mula buat passive income Dengan TikTok Shop ni, saya sarankan jangan terlalu fokus nak buat sale sangat.

5 Fokus Anda Bila Nak Mula Buat passive income Dengan TikTok Shop :

  • Sharing useful tips / life hacks berkaitan niche
  • Sharing educational contents
  • Sharing knowledgeable information untuk audiences
  • Sharing Manfaat audience akan dapat Dari Produk anda?
  • Sharing kenapa produk anda perlu sampai kepada ramai orang?

Percayalah, apabila anda konsisten memberi, prospek takkan ralat untuk mendapatkan produk anda bila anda ikhlas nak tambah value dalam hidup orang lain.

Fokus dan fokus pada mencipta content TikTok yang menarik dan berkualiti tinggi.

Sesekali pamerkan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan, highlight faedah dan berikan maklumat berharga untuk menggalakkan engagement terhadap audience.

Video Brand Awareness

2. Meluaskan Pasaran / Rangkaian / Networking

Selain dapat sebarluaskan values tentang produk, tambah nilai hidup audiences dengan berkongsi educational contents. Anda juga dapat meluaskan peluang untuk bernetworking kepada lebih banyak bidang dan industri.

Jika anda nak TikTok Shop anda lebih berkembang, cuba bergabung dengan jenama dan produk popular.

Salinglah bertukar value dengan networks anda. Agar dapat menyebarluaskan manfaat hasil dari kolaborasi kalian.

Tips Meluaskan Networking Sebagai Passive Income Provider :

  • Digalakkan join Kempen Pemasaran TikTok Shop (Dapat beri komisen pada Affiliaters)
  • Pilih kempen yang seiring dengan minat dan followers anda sahaja
  • Sentiasa buka minda untuk mencuba sesuatu yang baru
  • Berkolaborasi dengan niche lain (Buat produk combo, buat content bersama, buat program bersama)

Ini akan memudahkan anda membuat jualan yang banyak dan buat passive income dengan TikTok Shop sekiranya ada mempunyai raving fans yang ramai dalam kalangan followers anda.

Raving fans bukan saja akan support anda sebagai penjual, malah mereka juga boleh buat extra income dengan membantu promosikan produk anda.

BUAT PASSIVE INCOME DENGAN TIKTOK SHOP

3. Buat Passive Income Dengan TikTok Shop Untuk Berkongsi Rezeki

Saya sangat galakkan ramai seller yang dah biasa dengan offline marketing, cuba buat passive income dengan TikTok Shop pula.

Tak salah pun jika anda menjual di TikTok Shop secara part time. Bukan saja dapat buat passive income, malah, dapat berkongsi rezeki pula pada mereka yang berminat nak jana passive income dari TikTok Shop anda melalui Program TikTok Affiliate Marketing.

Jangan lokek dalam berkongsi rezeki kerana percayalah, dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain.

Jika sudah ada TikTok Shop, jangan teragak-agak untuk mendapatkan bimbingan daripada mentor atau komuniti yang lebih arif tentang ilmu TikTok. Mereka boleh mempermudah proses untuk sukses membuat passive income di TikTok Shop ini.

Salah seorang TikTok Guru Malaysia

Dua orang TikTok Coach Malaysia

buat passive income dengan tiktok shop
buat passive income dengan tiktok shop

Baca : 3 IDEA PRAKTIKAL BUAT DUIT ONLINE

Penutup

Kesimpulannya, walaupun secara part time saja pun anda sudah mampu membuat passive income dengan TikTok Shop. Anggap saja ini sebagai baby step untuk anda mencipta laluan lebih luas menjadi Seller di TikTok Shop secara full time dan berkongsi rezeki dengan lebih ramai audiences anda di luar sana.

Ada yang teringin nak belajar TikTok Shop Step by Step? Follow saya rapat-rapat. Dalam Kelas TikTok Affiliate Marketing!

Anda rasa content ini bagus?
Tekan butan share dibawah untuk berkongsi di social media anda..
Facebook
Twitter
LinkedIn
Tumblr
WhatsApp
Telegram