Antara faktor utama ramai memilih untuk buat bisnes adalah bertujuan untuk tampung perbelanjaan keluarga. Semua tahu dan merasai bahawa kos sara hidup zaman sekarang sangat tinggi! Ini juga antara dilema bagi mereka yang bekerja sepenuh masa. Betul ke ada cara boleh buat duit online tanpa ganggu waktu bekerja?
Perasan tak? Sekarang ni ramai antara mereka yang bekerja sepenuh masa pun sudah mula berjinak-jinak untuk buat duit online sebagai side income? Siapa tak nak hidup selesa dan bebas hutang, kan?
Jika anda antara mereka yang teringin nak buat duit online tetapi tak mahu ianya mengganggu waktu kerja hakiki anda, posting ini khas buat anda.
3 Tips Buat Duit Online Tanpa Ganggu Waktu Bekerja
1. Pilih Bisnes Flexible (Masa dan Tenaga)
Sebagai orang bekerjaya, pastinya kesibukan masa anda dipenuhi dengan kerja di pejabat. Untuk ibu ayah pula, bila balik dari kerja, anda sibuk menguruskan anak dan keluarga di rumah. Tipulah kalau cakap tak penat, kan?
Anak makin besar ~
Keperluan pendidikan anak perlu dijaga ~
Komitmen perbelanjaan keluarga makin bertambah ~
Dengan keadaan ekonomi sekarang, saya yakin ramai berada dalam situasi struggle ni. Nak berhenti kerja untuk fokus pada keluarga, ekonomi pula tak menentu.
Oleh itu, anda perlu pilih satu bisnes yang anda boleh manfaatkan masa hanya beberapa jam sahaja dan anda tetap boleh uruskan komitmen utama anda yang lain.
Di sini saya bercakap tentang buat duit online dengan ilmu dan kepakaran yang anda miliki. Ramai sahabat saya masih bekerja sepenuh masa. Tetapi, masih boleh spend time untuk buat online tuition. Jika tak yakin subjek tahap tinggi, mula dengan subjek tahap rendah.
Anda ada kepakaran :
- Memasak? Buat video memasak.
- Teknikal Automotif? Buat video Tutorial servis membaiki.
- Bahasa Mandarin? Buat duit online dengan offer kelas Mandarin Online.
- Menjahit? Buat Tutorial Step by Step Pakaian DIY.
Ringkasnya, pilih bisnes yang tak jauh daripada apa yang anda suka buat. Baru worth it, kan?
Baca artikel : 5 Skill Buat Duit Online yang Paling Dicari 2023
2. Yang Menjana Multiple Source of Income
Sebagai mereka yang bekerjaya, saya yakin masa anda amat terhad. Jika anda terfikir untuk buat duit online sebagai bisnes sampingan, pilih bisnes yang boleh dijalankan secara online.
Cukup sekadar spend time 1-2 jam pada waktu rehat dan pilih cara buat duit online yang berproject atau berfasa.
Contohnya :
- Penulisan
- Design poster / materials
- Jadi translator
- Voice over
- Transcriber
- Consultant
Nowadays, ramai business owner perlukan part timer untuk meminimumkan kos operasi mereka. Try offer dulu, tambah pengalaman, lama-lama mana tahu mungkin hasilnya lebih padu dari gaji kerja hakiki. Eh!
3. Pendapatan Tanpa Had Dengan Buat Duit Online
Sebagai orang bekerjaya yang buat bisnes secara sambilan, anda pasti mahukan pendapatannya berbaloi, betul? Jadi anda kena bijak pilih bisnes yang boleh beri anda pendapatan tanpa had. Bukan sekadar satu dua ratus sahaja sebulan.
Bila sebut pendapatan tanpa had, anda kena belajar buka peluang pada diri sendiri untuk explore benda baru yang mungkin anda tak pernah buat seumur hidup.
“Bila kita buat sesuatu yang kita tak pernah buat,
kita akan dapat sesuatu yang kita tak pernah dapat.”
Jujurnya, memang saya pegang benda ni sampai hari ni.
Nak tahu tak? Ada banyak cara best tau pendapatan tanpa had ini. Antaranya :
- Spend 30 minit buat Youtube video, explain cara review produk lebih detail!
- Spend 15 minit buat TikTok, kongsi pengalaman penggunaan sesuatu produk!
- Spend 5 minit share Status, gambar hasil sesuatu produk!
- Spend 10 minit buat Video Unboxing produk!
Buat 1 content. Tapi, boleh repeat, kongsi dan boleh buat duit online berkali-kali. Lagi best jika video simple yang anda buat, bukan sekadar mengisi masa lapang anda, tetapi juga membantu menambah pendapatan anda.
Best, kan! Sebab itu anda kena optimumkan income anda melalui video-video pendek yang anda hasilkan.
Kat mana nak belajar?
Tak perlu jauh-jauh. Follow saya rapat-rapat untuk anda Mahir dalam TikTok Affiliate.