Tahukah anda, selain menjadi host yang attractive, content live yang interesting ada lagi rupanya beberapa hal yang kita terlepas pandang. Walhal ia benda mudah je untuk attract audience supaya join live streaming kita. Anda nak tahu tak apa hal yang dapat meriahkan live streaming TikTok Shop anda?
Tanpa membuang masa, mari kita lihat apa 4 Hacks Untuk Meriahkan Live Streaming TikTok Shop!
4 HACKS MERIAHKAN LIVE STREAMING TIKTOK SHOP
1. Guna ‘Eye-Catching Thumbnail’
Ramai terlepas pandang guys tentang thumbnails Live dan video content kita! Bukan sembrono je kita buat content, thumbnail asal boleh je.. No!
Apakah Thumbnail?
Thumbnail atau miniature yang menarik untuk LIVE anda bagi menarik potential viewer / bakal pembeli produk anda! Paling tidak pun untuk menarik audience untuk tonton video content anda sehingga habis dan meriahkan live streaming TikTok Shop.
Ia harus menarik dari secara visual dan mewakili kandungan yang anda akan berkongsi.
Konsep Susunan : Minimalist
Konsep Susunan : Aesthetics
Konsep Susunan : Face Branding
Konsep Susunan : Headline Text
Konsep Susunan : Close Ups
2. Meriahkan Live Streaming TikTok Shop Dengan ‘Catchy Title’
Guna tajuk yang menarik, catchy dan deskripsi tajuk LIVE yang jelas supaya dapat menyampaikan info apa yang penonton harapkan.
Gunakan hashtags dan kata kunci yang berkaitan dalam description video anda untuk menjadikan LIVE anda muncul di FYP dan memeriahkan live streaming TikTok Shop.
3 Sebab Kenapa Penting Catchy Title :
- Audience hanya memilih video yang bervisual menarik untuk ditekan
- Audience lebih memilih tajuk video yang pendek, hot topics atau tidak meleret-leret
- Audience lebih suka tajuk yang membuat mereka rasa curiousity yang tinggi
Yes, betapa pentingnya untuk kita check semula. Adakah video content kita cukup lengkap untuk grab perhatian dari audience dan impressive tak? Ini demi memeriahkan live streaming TikTok Shop anda.
3. Buat Teaser Live
Salah satu cara nak memeriahkan live streaming TikTok Shop anda adalah dengan buat Teaser Live.
Umum / Announce sesi LIVE anda menerusi short video di Tiktok Shop anda untuk menarik lebih banyak engagement dan penonton / bakal pelanggan.
Cipta video/ konten yang boleh meningkatkan rasa ingin tahu penonton kepada produk anda.
3 Point Penting Teaser Live Video Untuk Meriahkan Live Streaming TikTok Shop:
- TARGET AUDIENCE – Live Stream anda untuk Siapa? Highlight siapa yang ada masalah sekian-sekian.
- WOW – Apa yang best? Yang membuatkan audience rasa rugi tak join meriahkan live streaming TikTok Shop.
- PREPARE – Bagitahu apa audience perlu buat? Ready join live, kena share video, kena comment video etc untuk buat validation.
4. Rancang Strategi 4W 1H
Rancang jadual LIVE anda mengikut masa target audience paling aktif di Tiktok supaya lebih ramai penonton menyertai sesi LIVE dan meningkatkan engagement.
Konsistensi dalam penyusunan jadual live streaming boleh membantu membina viewers yang Aktif dan berpotensi. Yang sentiasa menanti sesi LIVE anda dan memeriahkan live streaming TikTok Shop anda! Ala-ala Raving fans gitu.
Pastikan content live anda mempunyai kandungan yang menarik, dan berkaitan dengan expectation audience sasaran anda.
Pastikan live anda juga memberikan nilai, hiburan, atau maklumat yang berguna kepada penonton.
Rancang juga Strategi 4W 1H anda bagi memeriahkan live streaming TikTok Shop anda :
- What : Apa Content live streaming yang host nak bawa untuk meriahkan live streaming TikTok Shop?
- Where : Nak live stream di mana? Lokasi sesuai tak?
- Who : Siapa host utama? Host pengganti? Siapa admin yang menguruskan inventori semasa live?
- When : Bila jadual nak buat live? Dan maklumkan pada audience setiap kali live.
- How : Jenis konsep live yang nak dibawakan? Ada context / gimik diselitkan semasa live?
Baca : 5 STRATEGI PERLU TAHU JIKA NAK BUAT DUIT ONLINE
Penutup
Ini antara Hacks yang boleh saya kongsikan untuk memeriahkan live streaming TikTok Shop. Semoga ada sesuatu yang dapat anda take note dan cuba buat. Selamat maju jaya, Orang Sukses!
Ada yang teringin nak belajar TikTok Shop Step by Step? Follow saya rapat-rapat. Dalam Kelas TikTok Affiliate Marketing!