buat duit online

5 IDEA BUAT DUIT ONLINE UNTUK PELAJAR IPTA

Tak dinafikan kehidupan menjadi pelajar IPTA ini sangat mencabar belakangan ini. Namun, ada segelintir pelajar yang berfikiran terbuka untuk menambah pendapatan sampingan dengan cara buat duit online.

Selain perlu bijak bidang akademik, pelajar IPTA juga perlu kreatif dalam mencari dana tambahan untuk mencukupkan keperluan perbelanjaan waktu belajar. Pinjaman pendidikan saja memang tidak mencukupi. Ish! Takkan lah nak healing pun guna duit pinjaman?

Dalam artikel ini, saya kongsikan 5 Idea praktikal untuk buat duit online dengan mudah. Tak perlu buat semua, pilih yang sesuai.

5 Idea Buat Duit Online Untuk Pelajar IPTA

1.  Bisnes Dropship

Nowadays, ramai bisnes yang offer pengambilan agent dropship untuk bantu mereka yang berminat untuk buat duit online. Contohnya, seperti gadget, smartphone, tablet, kosmestik dan sebagainya.

buat duit online

Jujur saya katakan, ini merupakan kaedah perniagaan yang berisiko rendah. Dalam bisnes dropship, lazimnya kita hanya fokus pada kerja pemasaran, dapatkan pembeli, hantar order pada pembekal lalu pembekal akan menghantarnya kepada pembeli tersebut.

Namun, sebagai pelajar tentu kita tak mahu terlalu fokus pada bisnes hingga pembelajaran terabai, betul?

Saranan saya, pilih produk dropship yang mudah dijual, produk viral dan produk kegunaan pelajar.

2.  Bisnes Trading

Dalam bisnes trading, ada dua konsep yang anda perlu tahu, iaitu :

  1. Konsep B2B (Business to Business) = Pembekal kepada perniagaan orang lain
  2. Konsep B2C (Business to Consumer) = Penjual terus kepada pengguna akhir

Ketika zaman belajar dulu, saya perhatikan antara produk yang sangat laku dalam kalangan pelajar adalah makanan. Tahu kenapa? Sebab pelajar sentiasa kelaparan di waktu-waktu senggang. Haa, di waktu inilah kita perlu ambil peluang.

Di mana ada masalah, di situlah ada peluang.

Jadilah pelajar kreatif. Gunakan medium sosial media anda untuk buat duit online.

Sebagai pelajar berdedikasi, sukar untuk kita hasilkan produk makanan itu sendiri. Maka, kita ambil jalan singkat. Kita bantu peniaga kecil yang menjual produk Choco Jar, Cha Bang Ang atau Snacks. Cari supplier sesuai, fokus promote produk, ambil tempahan awal (pre-order) dan pembekal hantar produk pada pelanggan.

Jika anda pelajar, anda pasti tahu produk makanan yang pelajar craving!

3.  Buat Duit Online Servis di Swifty

Biasa buat assignments? Mungkin juga biasa design poster untuk kelab di universiti? Ada satu laman web di Malaysia yang disediakan khas untuk bantu mereka yang boleh offer servis pada consumers. Dengan Swifty, anda boleh buat duit online sambil belajar!

Antara servis yang boleh ditawarkan :

  • Design poster/banner/logo/e-book cover
  • Menulis assignments/Servis resume
  • Translation
  • Transcription video/audio kepada teks

Sebenarnya ada banyak lagi servis yang anda boleh offer untuk buat duit online ini. Tinggal explore apa kepakaran yang anda miliki dan tawarkannya!

Kalaupun tak expert, jangan risau kerana setiap yang ‘Master bermula dari Beginner’. Banyak sumber kita boleh belajar untuk tingkatkan skil diri.

4.  Online Tuition / Tutoring

Personal tutor ni agak famous dalam kalangan pelajar-pelajar top scorer di universiti, betul? Tapi, untuk anda yang –

“Saya tak pandai mengajar.”

“Saya pemalu.”

“Saya tak sabar orangnya.”

Jika anda sungguh nak buat duit online, jangan letak malu sebagai penghadang.

Teringin nak buat duit online dengan menjadi personal tutor, tapi rasa rendah diri sebab bukan top scorer di universiti? Gunakan kelebihan ilmu yang anda miliki untuk bantu adik-adik di tahap sekolah rendah atau menengah. Ini kerana anda lebih mahir dalam sesuatu ilmu itu berbanding mereka.

Adik-adik di sekolah pasti teruja dengan ilmu dan pengalaman belajar yang anda ada!

Bagaimana nak bermula?

Mulakan dengan mengajar secara sukarela di surau atau komuniti berdekatan. Google dan offer servis tutoring anda. Bila dah ada pengalaman, anda boleh offer servis atas talian pula. Barulah boleh buat duit online dengan lebih yakin!

5.  Affiliate Marketing

Zaman sekarang ini kita tak asing lagi dengan yang namanya Tik Tok. Tahukah anda dengan TikTok pun kita boleh buat duit online?

Bagaimana cara mulakan?

  1. Daftar Akaun Tik Tok
  2. Pilih Niche sesuai
  3. Buat content yang sesuai dengan niche

Buat anda yang teringin nak buat duit online dengan TikTok tapi tak tahu bagaimana, follow saya untuk saya guide Step by Step sampai anda berjaya buat sales pertama!

Anda rasa content ini bagus?
Tekan butan share dibawah untuk berkongsi di social media anda..
Facebook
Twitter
LinkedIn
Tumblr
WhatsApp
Telegram