tingkatkan trafik tiktok shop

5 IDEA UNTUK TINGKATKAN TRAFIK TIKTOK SHOP ANDA

Sebagai seller di TikTok Shop, anda pasti familiar dengan live streaming. Ramai seller melakukan live streaming setiap hari untuk membuat sales dan tingkatkan trafik TikTok Shop. Sekali anda dapat buat sale dari TikTok, inshaa Allah akan datang lebih mudah dapat pelanggan. Kuncinya harus konsisten. Anda perlu beri effort extra sikit untuk tarik ramai viewers menonton live anda.

Selain viewers bantu tarik trafik ke dalam live anda, anda juga perlu buat beberapa strategi untuk tingkatkan trafik TikTok Shop anda sendiri. Bagaimana caranya?

5 IDEA UNTUK TINGKATKAN TRAFIK TIKTOK SHOP ANDA

1. Bijak Memilih Produk Trending & Sesuai Niche

TikTok Shop sememangnya ada produk yang pelbagai, produk lama di pasaran mahupun produk baru. Penjual juga semakin ramai ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Jadi, jika anda nak mula berniaga dan nak tingkatkan trafik TikTok Shop anda.

Fokus pada produk yang sedang mendapat permintaan, popular atau viral. Ini akan meningkatkan peluang untuk menarik pelanggan berpotensi.

Makin sesuai produknya, niche nya, makin tinggi peluang live streaming anda akan direcommend oleh TikTok Shop dan ini mampu tingkatkan trafik TikTok Shop anda.

tingkatkan trafik TikTok Shop

Bila audience tahu niche anda, pelanggan lebih mudah untuk masuk live anda kerana mereka tahu apa yang mereka mahu dari anda.

Baca : 5 APPS BUAT DUIT ONLINE TAHUN 2023

2. Buat Fun Games Dengan Viewers

Satu daripada tricks nak tingkatkan trafik TikTok Shop anda adalah dengan bermain games, teka teki, cabutan bertuah dan activities dengan viewers. Selain kita tawarkan promosi seperti Flash sale, Happy Hour, Diskaun dan Penghantaran Percuma untuk menarik bakal pembeli.

Strategi ini boleh tingkatkan trafik TikTok Shop anda dengan pantas.

Bukan saja dapat galakkan pembelian, pembeli juga akan happy bila dapat surprise gifts dari seller.

Selain dari tu, anda juga boleh buat Mega Sales, Diskaun besar-besaran ketika sesi live dan jadikan ia LIMITED. Ini juga bertujuan untuk menarik minat lebih banyak pelanggan dalam jangka masa singkat dan ini mampu tingkatkan trafik TikTok Shop.

3. Manfaatkan Content Creator & Collaboration

Antara cara tingkatkan trafik TikTok Shop adalah dengan bekerjasama dengan influencer atau content creators. Anda boleh mempromosikan produk anda pada akaun TikTok mereka dan ini menjadi cara berkesan untuk menjangkau prospek yang lebih luas.

Sesekali, anda juga boleh buat live bersama influencer ternama untuk bantu meningkatkan viewers TikTok live anda. Pastikan Win-Win Situation untuk kedua pihak.

Perlu ada strategi dalam memilih influencer ni tau!

Tips Pilih Influencer :

  • Pilih host / influencer yang kompeten yang faham tentang produk anda untuk tingkatkan trafik TikTok Shop
  • Pilih yang ada pengaruh besar terhadap niche atau industry berkaitan produk anda

4. Tingkatkan Trafik TikTok Shop Dengan Sesi Q & A

Lakukan Sesi Q&A dengan kerap adalah strategi terpenting untuk membuat audiens selalu keep in touch dengan brand anda.

Ini juga boleh membuat penonton stay lebih lama dalam live streaming Anda tau!

Tips Q&A :

  • Jawab pertanyaan & sebutkan nama commentator supaya lebih engaging.
  • Buat sesi khusus Q&A di live untuk membuat viewers bertanya banyak soalan.
  • Jika tiada pertanyaan, host ajukan pertanyaan atau triggered viewers untuk bertanya soalan.

5. Buat Content BTS

Untuk jadikan pemasaran anda berjaya dan mampu Tingkatkan trafik TikTok Shop anda, jadikan pembuatan video Behind The Scene (BTS) sebagai salah satu rutin.

Hal ini kerana prospek sangat suka dengan hal-hal yang berlaku di balik tabir.

Mereka dapat melihat hal yang tak biasa bagi mereka dan kita jadikan persoalan audience sebagai hot topic di setiap video content kita.

KING ALIFF 5 IDEA UNTUK TINGKATKAN TRAFIK TIKTOK SHOP ANDA

5 Idea Video BTS yang boleh dicuba :

  • Packing Parcels
  • Tentang Team di Balik Tabir
  • Tips Sharing by Team
  • Unboxing Produk dari Supplier
  • Aktiviti Fun bersama Team

Penutup

Kesimpulannya, ada banyak cara yang kita boleh buat untuk attract prospek baru dan viewers untuk ramai-ramai bantu tingkatkan trafik TikTok Shop anda. Buat peniaga baru, jangan putus asa! Teruskan usaha anda.

Dan jika anda teringin nak explore lebih dalam tentang Affiliate Marketing? Follow Saya untuk Master dalam TikTok Affiliate Marketing!

Anda rasa content ini bagus?
Tekan butan share dibawah untuk berkongsi di social media anda..
Facebook
Twitter
LinkedIn
Tumblr
WhatsApp
Telegram