Sebelum saya kongsi 5 Skill Rahsia Buat Duit Online Tanpa Modal, pastikan anda cakna 5 Skil Buat Duit Online Paling Dicari 2023. Walaupun anda bukan expert, sekurang-kurangnya anda tahu dan ada skill asas untuk buat duit online.
Apakah sebenarnya kayu pengukur skill yang perlu ada pada diri seseorang sebagai bukti dia adalah orang yang terpaling pandai dalam buat duit online ini. Hakikatnya, tak ada manusia dalam dunia ini yang dilahirkan mahir dalam semua skill.
Saya kongsikan 5 Skill yang boleh dipelajari untuk buat duit online.
5 Skill Buat Duit Online Paling Dicari 2023
1. Skill Copywriting
Copywriting ini skill copy paste ke? Bukan! Ia nampak mudah namun tak semudah disangka. Ia perlukan skil yang mahal dan siapa yang mahir, dia memang boleh buat duit online. Tak pelik lah zaman sekarang ini, bila kita tanya berapa caj untuk buat ayat iklan yang high conversion rate atau ayat iklan yang boleh tukar pada sales memang agak tinggi.
Bermula RM200, anda juga boleh naikkan sehingga RM2000 ke atas bergantung pada permintaan dan kualiti yang anda sediakan. Jadi, untuk setiap tugasan, beri yang terbaik!
Belajar dari mereka yang expert, try and error antara sesuatu yang mampu menjadikan skill kita lebih tajam dan lebih power dalam menghasilkan copywriting yang berimpak tinggi.
Saranan saya, jangan kedekut untuk melabur demi ilmu. Bak kata orang kampung saya, ‘Learning is never ending process’.
2. Buat Duit Online Digital Marketing
Sekarang, di zaman teknologi yang terlalu pesat dan bergerak lebih laju. Menjadikan digital marketing skill is a must! Contohnya, content marketing dan social media marketing.
- Anda ada bisnes, tiada social media. Rugi!
- Anda ada bisnes, tak buat promosi online. Rugi!
- Anda ada bisnes, tak mahir buat Live di TikTok. Rugi!
Jika anda mahir salah satu skill marketing ni pun sebenarnya dah cukup misalnya FB ads atau TikTok ads. Tapi, untuk mahir skill ni, anda perlu mahir dulu bagaimana Algorithm TikTok.
Nak tahu selok belok TikTok? Follow saya rapat-rapat. Saya bantu anda belajar buat duit online dengan Digital Marketing melalui TikTok.
3. Online Education
Jika anda pemula yang ingin mempelajari skill buat duit online, pasti anda mencari seseorang yang expert dalam bidang tersebut, betul?
Maka, anda adalah orang yang mendapatkan Kelas Online dari beliau.
Namun, jika anda mempunyai skill dan kepakaran, anda boleh buat duit online dengan mempelajari skill menghasilkan kelas online sendiri, jual tutorial online dan Ebook. Ya, ini juga antara skill yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kerana kos operation yang sangat rendah serta keuntungan yang berlipat kali ganda.
Zaman sekarang, kebanyakannya mahu belajar secara online sahaja. Rugilah jika tak belajar skill ini, kan?
4. Technology Designing
Anda biasa dengan technology designing? Contohnya skill design website atau minisite. Anda juga boleh buka servis pada clients.
Bayangkan saja anda menerima bayaran secara konsisten setiap bulan hanya dengan menguruskan website mereka. Tahukah anda? Jika anda minat dengan web designing, tapi tak tahu nak belajar dari mana. Anda boleh gunakan Canva Website Builder dan Blogger untuk mengasah skill pemula dalam mencipta web design tau!
Namun, tetap perlukan pengorbanan masa dan tenaga untuk mempelajarinya.
Jangan give up! Pasti ada hasil di sebalik usaha keras anda!
5. Skill Close Sale
Hari ini bila kita cakap tentang sales. Kebanyakannya, berjaya buat sales daripada pelbagai platform social media. Selain skill buat content, skil close sales juga antara yang paling penting.
Apalah gunanya jika content dah menarik, prospek hampir membeli. Namun, soalan yang ditanyakan tidak kena, jika silap percaturan mungkin kita hilang pelanggan!
Uh no! Sebab itulah ilmu close sale melalui whatsapp/sms/call adalah skill yang sangat mahal. Jika anda mahir close sales, banyak company yang sanggup hire anda bekerja dengan gaji yang tinggi. Dengan syarat, anda boleh hasilkan jualan untuk produk mereka.
Saya pun, kalau tak kena cara.
Mungkin saya akan cakap, “Nanti saya tanya orang rumah saya.”
Eleh, macamlah tak biasa!