Tahukah anda, menurut kajian yang dibut Tik Tok, pengguna TikTok meluangkan masa selama 89 minit sehari di platform ini. Jadi, sebagai seller, adalah sebuah kerugian jika anda tidak mengambil kesempatan ini untuk meneroka peluang baru dalam membuat sales. Ambillah peluang ini untuk mempromosikan produk anda dengan menggunakan 7 Idea Video TikTok Shop ini.
Tak perlu buat semua. Pilih satu yang mudah dan buat.
7 IDEA VIDEO TIKTOK SHOP UNTUK BISNES ANDA
1. Behind The Scene – Rutin Harian
Ini antara idea video TikTok Shop yang paling ramai audience suka. Mereka suka pada aktiviti yang melibatkan penghasilan produk, proses packaging.
Ini kerana mereka akan merasa lebih trust dengan produk anda kerana telah melihat prosesnya.
Jika anda servis, rekodkan video bagaimana servis itu anda deliver pada pelanggan.
Jika anda servis provider :
- Photographer – Tunjukkan BTS anda mengambil gambar & editing gambar
- Tuition teacher – Tunjukkan BTS anda bersama pelajar anda buat aktiviti fun dalam kelas
- Stylist – Tunjukkan BTS bagaimana anda hasilkan karya seni anda di rambut clients
2. Tip / Tutorial Praktikal
Audience sebenarnya paling suka bila anda berkongsi educational contents yang mereka boleh buat sendiri di rumah.
Mereka lihat content anda dan mencubanya sendiri.
Moment paling best adalah apabila audience anda berkongsi kegembiraan berjaya menghasilkan sendiri menggunakan Tutorial yang dibekalkan.
Ini tanda bahawa anda sangat pemurah dan tidak lokek ilmu dalam berkongsi idea video TikTok Shop.
3. Backstory Bisnes / Founder
Tipulah kalau saya cakap saya tak suka tengok orang berjaya. Saya suka sangat! Saya jadikan itu sebagai motivasi saya untuk bekerja lebih keras dan teruskan passion saya dalam membantu lebih ramai orang.
Jadi, melihat kejayaan orang jangan sampai timbul hasad dengki ya. Percayalah, rezeki kita Allah dah tetapkan. Tinggal usaha dan jalankan saja.
Jadi, salah satu idea video TikTok Shop yang boleh dibuat adalah kongsikan backstory bisnes anda. Pasti banyak hikmah yang telah terjadi dan anda berjaya bangkit dari kegagalan semalam.
“Beriman dalam journey kita sendiri.”
4. Things Of The Day
Antara idea video TikTok Shop adalah things of the day yang anda boleh buat :
- Quote of The Day
- Matchy Outfit of The Day
- Recipe of The Day
- One Minute One Motivation
- One Minute Tips of The Day
- A Day As A Founder / Stylist / Consultant
Dan banyak lagi idea video TikTok Shop yang anda boleh cuba buat. Jika ada ramai team, boleh buat Daily Task : Hasilkan 1 Content Seorang. Ada 10 orang, dah 10 video! Wuyoo..
5. Idea Video TikTok Shop : Point Of View (POV)
Content Idea Video TikTok Shop jenis POV ni pun antara yang best juga untuk dihasilkan. Sebagai audience yang tidak duduk di tempat anda, pasti rasa teruja bila dapat merasa bagaimana POV anda sebagai seorang founder atau team.
Salah satu contohnya adalah video ini :
6. Demontrasi Produk / How To Use / Manual
Bila berniaga secara online ni, ada pelanggan yang sejenis tak biasa sebab ta dapat pegang secara fizikal. Jadi, sebagai seller TikTok Shop, anda perlu aware dengan jenis pelanggan begini. Salah satu idea video TikTok Shop, anda boleh sediakan solusi bagi isu tersebut.
Salah satunya anda perlu menyediakan video penggunaan, tutorial dan apa-apa video yang sesuai dengan produk anda.
Credit : @tehyeish.hq
7. Before After Transformation
Dalam banyak-banyak idea video TikTok Shop, saya suka betul dengan video yang menunjukkan progress sesuatu itu berlaku. Ada beberapa before and after yang boleh anda buat :
Tips Video :
- Make Up Artist Service
- Floor Cleaner Product
- Health Supplement
- Cleaning Service
- Stylist Service
Ada banyak lagi idea video TikTok Shop. Ada boleh buat carian di Akaun TikTok anda.
Penutup
Tiktok merupakan media sosial yang sangat berpengaruh di masa kini. Buat anda yang baru berjinak dalam dunia keTikTokan ini, semoga artikel ini dapat memberikan idea dan inspirasi untuk anda. Ayuh! Mulakan rentak anda!
Anda masih Newbie tentang Affiliate Marketing ni? Jom Belajar TikTok Affiliate Marketing Sampai Master!