buat duit online

ANDA BOLEH BUAT DUIT ONLINE JIKA ADA 5 KEPAKARAN INI!

Ramai dalam kalangan kita masih mengharapkan kerja makan gaji, ada yang sudah berpuluh-puluh resume dihantar ke syarikat-syarikat. Bahkan, ada dalam kalangan kita terpaksa menganggur untuk tempoh masa lama dan terpaksa mencari kerja baharu demi kelangsungan hidup. Namun, belum juga ada rezeki. Jangan putus asa! Rezeki Allah Maha Luas. Sebenarnya, anda boleh buat duit online jika ada 5 Kepakaran ini!

Pun begitu, percaya atau tidak, dengan bekerja dari rumah pun boleh membantu kita untuk menjana pendapatan. Pucuk pangkalnya, kena rajin berusaha dan tak cepat give up!

Jika anda antara yang teringin nak buat duit online dengan menjual servis, mari saya kongsikan beberapa skill yang mahal ini. Mungkin anda memiliki salah satu daripadanya!

ANDA BOLEH BUAT DUIT ONLINE JIKA ADA 5 KEPAKARAN INI!

1. Mahir Bahasa / Language

Perasan tak sekarang ni ramai sangat yang makin terbuka untuk belajar tentang bahasa negara lain?

Bahasa Korea ~

Bahasa Jepun ~

Bahasa Jerman ~

Tak dilupakan Bahasa Turki ~

Dan lain-lain bahasa lagi..

Tahukah anda jika anda betul-betul serius mendalami ilmu bahasa, sehingga berjaya mendapatkan sijil kelayakan sebagai tenaga pengajar bahasa. Saya tak tipu, anda juga boleh buat duit online dengan membuka kelas mengajar bahasa pada rakyat Malaysia.

buat duit online

Bukan itu saja, dengan kepakaran yang anda miliki itu juga dapat bantu anda buat duit online dengan menjadi translator upahan, menjadi subtitle translator filem / series luar negara. Dengar macam seronok, kan?

Satu je nak tanya, anda ada kepakaran bahasa apa tu? ~

2. Pengurusan Data / Admin / Virtual Assistant

Antara job paling saya suka! Saya pernah buat duit online sebagai part time admin selama setahun bagi 10 syarikat berbeza. Ini pengalaman yang sangat best.

3 sebab kenapa data entry best :

  1. Flexible. Time rehat pun saya boleh buat duit online lepas lunch dan solat Zuhur.
  2. Tiada modal duit. Hanya modal korbankan masa rehat 1 jam tiap hari.
  3. Mudah : Copy paste data, Blast Whatsapp, Email Organisasi Kerajaan & etc.

buat duit online

3. Buat Duit Online Dengan Web Designing

Nowadays, ramai orang suka buat duit online dengan kepakaran ini. Ada juga yang sanggup enroll online class semata-mata nak mantapkan skil dan kemahiran design, mereka bentuk dan ilustrasi.

Orang dulu-dulu suka kata,
“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.”

Seperti juga Behance, Fiverr, Upworks dan Freelancer, Swifty antara komuniti global yang memiliki ramai ahli kreatif untuk membina portfolio, mendapatkan inspirasi dan bernetworking dengan potential clients. Cuma bezanya Swifty adalah satu-satunya platform buat duit online yang berlokasi di Malaysia dan ianya masih boleh dikira kolam job freelance yang agak baru.

Jujurnya saya sendiri pernah buat duit online dengan tugasan lebih dari 25 clients di Swifty untuk mereka design Ebook Cover, Poster dan Content buku.

Jika saya boleh, anda juga boleh!

4. Pengurusan Event / Live Hosting

Menjadi seseorang yang bergiat aktif dalam komuniti, zaman universiti mahupun gemar bersosial, mungkin boleh jadi faktor yang menjadikan anda petah dalam berkata-kata dan bernetworking.

Antara idea buat duit online yang boleh dicuba :

  1. Live Host Tiktok Shop / Shopee
  2. Influencer (Pempengaruh)
  3. Youtuber
  4. Consultant / Perunding
  5. Reviewer / Pengulas Produk

buat duit online

5. Video Editing / Multimedia / Digital Expert

Memang tidak dinafikan, kerja sebagai jurugambar dan juruvideo ini boleh dibuat dari rumah saja, kan? Kerja yang boleh disusun awal dan bayaran pun agak lumayan bergantung kepada kreativiti. Gambar yang diambil juga laku untuk dijual atas talian seperti Shutterstock, Getty Images, iStock dan banyak lagi.

Jika anda bekerja dalam bidang IT, Tech, Digital, Mutimedia, Sains Komputer. Betapa bertuahnya anda!

Yang tak bekerja dalam bidang tersebut janganlah rasa terkilan pula.

buat duit online

Jangan risau, sekarang ni banyak dah kelas yang menawarkan sesi latihan dan praktikal untuk memantapkan skill dan kemahiran tertentu.

Saranan saya, jika nak buat duit online. Pilih skill yang ingin dipelajari. Buat bersungguh-sungguh. Jadikan modal yang dilaburkan itu berbaloi sehingga dapat menjana hasil! Baru worth it!

Anda serius nak mulakan Langkah Pertama Buat Duit Online Hanya Melalui Smartphone?

Cepat grab peluang keemasan ini untuk Belajar Cara Mudah Buat Duit Online Dengan TikTok Affiliate Marketing!

Anda rasa content ini bagus?
Tekan butan share dibawah untuk berkongsi di social media anda..
Facebook
Twitter
LinkedIn
Tumblr
WhatsApp
Telegram